Unit KAFA ,Perhubungan dan Data (UKPD)
Bidang Tugas:
KAFA
- Merancang dan mengurus pertukaran dan penempatan guru KAFA
- Melaksanakan siasatan dan memproses aduan awam berhubung dengan pengurusan sekolah dan guru KAFA beserta laporan
- Menyediakan anggaran perbelanjaan perancangan pelaksanaan aktiviti unit KAFA
- Melaksanakan penyeliaan sekolah untuk memastikan Dasar Pendidikan JAIS/ JAKIM dipatuhi
- Menguruskan pengambilan dan pertukaran murid KAFA samada antara daerah atau sekolah
- Melaksanakan pemantauan PNP, Pentadbiran dan Pembangunan sekolah KAFAI
- Memproses permohonan bantuan PERKAPITA, Pembangunan, Bantuan Modal, Baik pulih Sekolah, Latihan guru KAFA dari JAKIM/ KPM
- Memproses permohonan jawatan Penyelia KAFA JAKIM sebelum dilantik oleh pihak JAKIM
- Membantu Pentadbiran BPI untuk memproses pelantikan, pertukaran, perpindahan, berhenti dan guru ganti bersalin
- Memproses permohonan cuti sekolah, cuti guru, cuti penyelia dan lawatan ke luar negara
PERHUBUNGAN
- Menguruskan Data Sekolah, Data Guru, Data Murid dan Data Kelas (SGMK) Sekolah-Sekolah Jabatan Agama Islam Selangor, iaitu Pra Sekolah, Sekolah Agama Rakyat (KAFAI), Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Maahad Integrasi Sains dan Teknologi (MITS)
- Menguruskan Data Sekolah, Data Guru, Data Murid dan Data Kelas (SGMK) Sekolah-Sekolah Persendirian (Swasta) yang berdaftar di Jabatan Agama Islam Selangor iaitu Pra Sekolah Islam, Sekolah Rendah Islam (SRI), Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII), Sekolah Menengah Islam (SMI), TAHFIZ dan tusyen
- Mengurus dan mengemaskini data SIMPENI JAKIM
- Menyediakan unjuran anggaran perbelanjaan dan perancangan pelaksanaan aktiviti untuk Seksyen Perhubungan Dan Data BPI, Jais
- Melaksanakan pemantauan secara “online” kepada Sekolah Agama Negeri dan Swasta berkaitan dengan pengemaskinian data SIMPENI JAKIM
- Memproses dan memanjangkan permohonan Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) ke JAKIM, Dermasiswa Huffaz ke Lembaga Zakat Selangor
- Memproses permohonan jawatan “Guru Data” bagi orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan SIMPENI JAKIM di sekolah
- Melaksanakan Program Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri, Seminar PIBG Peringkat Negeri dan perjumpaan bersama pihak luar ke Bahagian Pendidikan Islam JAIS
- Melaksanakan taklimat dan bengkel Data Simpeni kepada semua Sekolah Agama Negeri dan Swasta yang berdaftar dengan JAIS 2 kali setahun
Perkhidmatan:
KAFA
- Menawarkan jawatan guru KAFA untuk di isi di SRA/ SRAI dan KAFAI di 9 Daerah Negeri Selangor
- Melaksanakan bimbingan khidmat nasihat dalam pentadbiran dan pengurusan KAFA
PERHUBUNGAN
- Memberi bimbingan khidmat nasihat dalam pengurusan Dermasiswa Huffaz (LZS), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Simpeni JAKIM (Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam)
- Fasilitator atau pemudahcara bagi Bahagian Pendidikan Islam JAIS dan Agensi-agensi Luar seperti Lembaga Zakat Selangor, PIBG Sekolah, Bomba, Polis dan SPRM
- Menjadi urus setia dan pemudahcara bagi program Hari Guru Peringkat Negeri, Seminar PIBG Peringkat Negeri dan perjumpaan bersama pihak luar ke Bahagian Pendidikan Islam JAIS
Aktiviti:
KAFA
- Melaksanakan bengkel lantikan dan pertukaran guru KAFA
- Melaksanakan mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah dan Pelaksana KAFA 2 kali setahun
- Melaksanakan mesyuarat Pengurusan KAFA 2 kali setahun
- Melaksanakan bengkel Analisa Penilaian Prestasi guru KAFA sekali setahun
- Melaksanakan bengkel simpeni KAFA 2 kali setahun
PERHUBUNGAN
- Melaksanakan taklimat dan bengkel Data Simpeni kepada semua Sekolah Agama Negeri dan Swasta (Persendirian) yang berdaftar dengan JAIS di Paid Daerah
- Melaksanakan mesyuarat Jawatankuasa dan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri di Stadium Malawati, Shah Alam
- Melaksanakan Seminar Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Peringkat Negeri di Bangunan Sultan Abdul Aziz di Dewan Bankuet
- Melaksanakan mesyuarat untuk BPI bersama Lembaga Zakat Selangor berkaitan Dermasiswa Huffaz pelajar di JAIS
- Melaksanakan mesyuarat dan perbincangan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di JAIS
- Menyertai dan menghadiri bengkel SIMPENI JAKIM yang diadakan di Putrajaya
Direktori:
Nama | Jawatan | Nombor Telefon |
---|---|---|
Mohd Ja'afar Bin Komari | Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan | 03-5514 3634 |
Abdul Basir Bin Anuar | Penolong Pengarah | 03-5514 3635 |
Mohammad Khair Bin Mahidin | Penyelia Kanan (KAFA) | 03-5514 2033 |
Animasrah Binti Yahaya | Penyelia Kanan (Perhubungan) | 03-5514 3600 samb 2034 |
Mohd Zaki Bin Sudarman | Penyelia Kanan (Data) | 03-5514 3629 |
Norain Binti Jamaluddin | Pembantu Tadbir | 03-5514 3600 samb 2021 |
Mohd Fitri Bin Haron | Pembantu Tadbir | |
Nor Azrina Binti Johari | Penyelia KAFA | samb 2031 |
Haslinda Binti Asmonik | Penyelia KAFA | samb 2031 |