28 Mac 2018 / 10 Rejab Akhir 1439 – Sektor Pengurusan Naziran Bahagian Pendidikan Islam JAIS telah mengadakan seminar berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 di Auditorium Dewan Jubli Sultan Abdul Aziz yang dihadiri oleh 700 orang guru JAIS dari seluruh negeri Selangor.

Seminar dimulakan dengan ucapan alu-aluan YBhg Tuan Anas Bin Ayob, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS dan kemudiannya sesi pembentangan bertajuk ‘Transformasi Pentadbir Menuju Kecemerlangan Pendidikan Abad Ke-21’ oleh YBhg Tuan Mohd Asri bin Mansur dari Pejabat Pendidikan Wilayah Persekutuan dan Bangsar . Pembentangan ke-2 bertajuk ‘Transformasi Guru Dalam Merealisasikan Pembelajaran Abad 21 oleh YBhg Pn. Zaharimah Binti Subaini dari Pejabat Pendidikan Petaling Perdana. Kedua penceramah merupakan jurulatih School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+).

Majlis penutupan dimulakan dengan ucapan Sahibus Saadah Dato’ Hj Haris bin Kasim, Pengarah JAIS  dan kemudiaannya persembangan montaj Portal Pendidikan Islam, Sistem Maklumat Penaziran Sekolah Islam Selangor (eNSIS) dan Pembudayaan Amal Khair di sekolah. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Kampung Tradisi. Pada majlis yang sama, Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi telah melancarkan buku Amal Khair sempena pembudayaan Amal Khair di sekolah-sekolah Agama Negeri Selangor.

 

Pegawai Dokumentasi

Bahagian Pendidikan Islam JAIS

image: 

SEMINAR PENDIDIKAN ABAD KE-21