26 Februari 2018 / 10 Jamadil Akhir 1439 - Bertempat di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor telah mengadakan Seminar IHES  bertemakan Kebersihan dan Keceriaan Sekolah kepada 250 orang guru JAIS . Program yang diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Akademik itu dimulakan dengan ucaptama bertajuk ‘Kebersihan dan Keceriaan menurut Perpektif Pendidikan Islam’ oleh Profesor Dato’ Dr. Halim bin Tamuri, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Terdapat 3 kertas kerja yang telah dibentangkan dalam seminar tersebut iaitu pembentangan kertas kerja bertajuk ‘Amalan Kebersihan dan Keceriaan Di Sekolah-Sekolah KPM Negeri Selangor’ oleh En. Zulkifli Bin Ahmad, Penyelia Kanan Kesihatan Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Kertas kerja ke-2  bertajuk ‘Kerjasama Pintar Ke Arah Kebersihan dan Keceriaan Sekolah’ oleh Ustaz Mohamad Azhari Bin Sulaiman, Guru Penolong Kanan 1 (Pentadbiran dan Kurikulum) SRA Bandar Seri Putera, Sepang dan kertas kerja ke-3 bertajuk ‘Sekolah Kondusif Pemangkin Kecemerlangan’ oleh Ustaz Abdullah Zaki Bin Saibani, Guru Besar SRA As-Siddiqin Bandar Tasik Puteri Gombak. Menurut Pengarah Program, Pn. Azlinah Paiman “  Kebersihan dan Keceriaan dipilih sebagai tema seminar selari dengan hasrat Pengarah JAIS yang mahukan pembudayaan kebersihan dan keceriaan sebagai salah satu bentuk amal khair di sekolah sekaligus merealisasikan hala tuju Sistem Pendidikan Integrasi Holistik”.

Majlis penutupan dimulakan dengan ucapan  Sahibus Saadah Dato’ Hj Haris bin Kasim, Pengarah JAIS  dan perasmian penutup serta penyampaian sijil disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan warisan, Pembangunan Desa Kampung Tradisi.

 

Pegawai Dokumentasi

Bahagian Pendidikan Islam JAIS

image: 

SEMINAR INTEGRATED HOLISTIC EDUCATION SYSTEM (IHES)