PENGUMUMAN TERKINI


yes PENDAFTARAN KE SRA/KAFAI/Prasekolah JAIS NEGERI SELANGOR TAHUN 2021

Dimaklumkan bahawa pendaftaran tahun satu  ke SRA/KAFAI Negeri Selangor bagi tahun 2021 dilanjutkan sehingga ke 31 Ogos 2020. Manakala pendaftaran masuk ke Prasekolah JAIS pula kekal sehingga 31 Julai 2020. Pendaftaran boleh dilakukan di pejabat SRA/KAFAI/Prasekolah JAIS yang berdekatan.

 

 yes PERMOHONAN MEMBUAT KAJIAN / PENYELIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAIS

Permohonan untuk menjalankan kajian/penyelidikan ilmiah di Sekolah-Sekolah Agama JAIS oleh pelajar/pasukan penyelidik IPTA/IPTS hendaklah dimohon ke jabatan dengan mengemukakan surat permohonan menjalankan kajian di sekolah berkenaan dan dilampirkan proposal kajian. Sila berhubung dengan Institut Murrabbi Antarabangsa Negeri Selangor (IMANS) di talian 03-33811901.

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR TAHUN 2020

Shah Alam, Khamis – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Bahagian Pendidikan Islam telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor Tahun 2020 di Auditorium  Dahlia, Bangunan Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam secara norma baharu tetapi tetap meriah dengan kehadiran para penerima anugerah dan juga Pengarah Jabatan Agama Islam selaku perasmi .

SEPANG DIUMUMKAN SEBAGAI DAERAH TERBAIK PSRA 2019

20 November 2019 (Rabu) – Daerah Sepang diumumkan sebagai daerah terbaik PSRA peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2019 dengan catatan GPS 2.60. Demikian yang telah diumumkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Sahibus Saadah Tuan Haji Mohd Shahzihan Bin Ahmad di dalam satu Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang telah diadakan di Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pages

PERKHIDMATAN

STATISTIK SEKOLAH AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Sekolah Agama JAIS Sekolah Islam Yang Berdaftar Dengan JAIS Bilangan Guru dan Murid
  Prasekolah 13   Tadika Islam 179 Jenis Sekolah Guru Murid
  SRA 227   Sekolah Rendah Islam (SRI) 221   PraSekolah 112 997
  SRAI 11   Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) 97   SRA 4,961 137,771
  KAFAI 296   Sekolah Menengah Islam 51   SRAI 528 7,084
  SAMT 23   Maahad Tahfiz 377   KAFAI 3,829 96,036
  MITS 4  JUMLAH 925   SAMT - -
  KMK 29   MITS 191 1,084
  JUMLAH 603   KMK 60 712

*Maklumat dikemaskini sehingga November 2019