KEPUTUSAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA 2018
19 Nov. 2018 - Sahibus Saadah Dato' Hj Haris Bin Kasim, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor telah mengisytiharkan keputusan PSRA 2018 di SRA Kinrara 5 yang juga merupakan SRA Terbaik PSRA 2018. Keputusan PSRA 2018 di negeri Selangor meningkat 2.1% kepada 92.9% berbanding pencapaian 90.8% pada tahun 2017. PSRA merupakan Penilaian Sekolah Rendah Agama yang dijalankan di Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi dan Kelas Al -Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi seluruh Selangor