PENSTRUKTURAN BAHARU BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS
1 Mac 2019- Berikutan pengemaskinian struktur operasi Bahagian Pendidikan Islam (BPI) JAIS berkuatkuasa 1 Mac 2019, beberapa pertukaran dan penempatan pegawai di sektor yang baharu diwujudkan dan pertukaran pegawai telah dilaksanakan. Bermula 1 Mac 2019 Bahagian Pendidikan Islam mempunyai lima sektor yang terdiri dari Sektor Pentadbiran, Sektor Pengurusan Pendidikan, Sektor Pengurusan Akademik, Sektor Pengurusan Naziran dan Institut Murabbi Antarabangsa Negeri Selangor (IMANS).