PENGUMUMAN TERKINI


yes PERMOHONAN MEMBUAT KAJIAN / PENYELIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAIS

Permohonan untuk menjalankan kajian/penyelidikan ilmiah di Sekolah-sekolah Agama JAIS oleh pelajar/pasukan penyelidik IPTA/IPTS hendaklah dimohon ke jabatan dengan mengemukakan surat permohonan menjalankan kajian di sekolah berkenaan dan dilampirkan proposal kajian  . Sila berhubung dengan Institut Murabbi Antarabngsa Negeri Selangor di talian 03-33811901.

yes MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA TAHUN 6 SRA/SRAI/KAFAI PERINGKAT NEGERI SELANGOR

  • Tempat : Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat
  • Masa : 11.00 pagi  hingga 4.30 petang

KHATAM QURAN PERDANA 1440H

8 Nov. 2018 - Daerah Sepang telah dipilih sebagai tuan rumah Majlis Khatam Quran Perdana bagi tahun 1440H/2018 dan program telah diadakan di Majid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi. Program ini turut diadakan di semua daerah secara serentak di SRA,SRAI dan KAFAI Negeri Selangor . Menurut Pn. Hjh Azlinah Paiman selaku Pengarah Program,  program yang diadakan merupakan program tahunan yang diurusetiakan oleh Unit Kurikulum, Sektor Pengurusan Akademik BPI JAIS dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam Pejabat Agama Islam Daerah Sepang dan ianya adalah program kali ke 4 semenjak tahun 2015.

T.O.T Quranic Generation Development Program

30 - 31 Oktober 2018 - Bahagian Pendidikan Islam JAIS terus memperkasakan Sistem Pendidikan Integrasi Holistik (IHES) yang telah dilaksanakan di Sekolah-Sekolah Agama Negeri Selangor semenjak tahun 2008 dengan fasa seterusnya melatih Pegawai-Pegawai Pendidikan JAIS melalui kursus T.O.T QGDP. Program kendalian Unit Latihan dan Penyelidikan BPI JAIS mensasarkan sekurang-kurangnya 25 orang pegawai sebagai perintis awal untuk menjadi jurulatih program Quranic Generation Development Program (QGDP) yang akan melatih guru-guru di sekolah untuk mengimplementasikan program QGDP.

Pages

PERKHIDMATAN

STATISTIK SEKOLAH AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Sekolah Agama JAIS Sekolah Islam Yang Berdaftar Dengan JAIS Bilangan Guru dan Murid
  Prasekolah 12   Tadika Islam 167 Jenis Sekolah Guru Murid
  SRA 224   Sekolah Rendah Islam (SRI) 196   PraSekolah 75 1,148
  SRAI 11   Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) 71   SRA 4,831 135,441
  KAFAI 295   Sekolah Menengah Islam 49   SRAI 583 7,470
  SAMT 23   Maahad Tahfiz 263   KAFAI 2,633 91,637
  MITS 4  JUMLAH 746   SAMT 165 1,017
  KMK 27   MITS 170 17,035
  JUMLAH 596   KMK 27 895

*Maklumat dikemaskini sehingga Mei 2018