PENGUMUMAN TERKINI


yes PENGISYTIHARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SMA, SMATQ, SMATD DAN SKM NEGERI SELANGOR TAHUN 2019

Tarikh   : 18 Disember 2019 (Rabu)

Masa     : 10.00 pagi

Tempat : Dewan Serbaguna Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam

yes KEPUTUSAN PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH AGAMA MENENGAH (SAM) NEGERI SELANGOR 2020

Sila layari laman web http://semakan.jais.gov.my bermula 16 Disember 2019 untuk menyemak keputusan

yes PERMOHONAN MEMBUAT KAJIAN / PENYELIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAIS

Permohonan untuk menjalankan kajian/penyelidikan ilmiah di Sekolah-sekolah Agama JAIS oleh pelajar/pasukan penyelidik IPTA/IPTS hendaklah dimohon ke jabatan dengan mengemukakan surat permohonan menjalankan kajian di sekolah berkenaan dan dilampirkan proposal kajian  . Sila berhubung dengan Institut Murabbi Antarabngsa Negeri Selangor di talian 03-33811901.

KEPUTUSAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA 2018

19 Nov. 2018 - Sahibus Saadah Dato' Hj Haris Bin Kasim, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor telah mengisytiharkan keputusan PSRA 2018 di SRA Kinrara 5 yang juga merupakan SRA Terbaik PSRA  2018. Keputusan PSRA 2018 di negeri Selangor meningkat 2.1% kepada 92.9% berbanding pencapaian 90.8% pada tahun 2017. PSRA merupakan Penilaian Sekolah Rendah Agama yang dijalankan di Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi dan Kelas Al -Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi seluruh Selangor 

KHATAM QURAN PERDANA 1440H

8 Nov. 2018 - Daerah Sepang telah dipilih sebagai tuan rumah Majlis Khatam Quran Perdana bagi tahun 1440H/2018 dan program telah diadakan di Majid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi. Program ini turut diadakan di semua daerah secara serentak di SRA,SRAI dan KAFAI Negeri Selangor . Menurut Pn. Hjh Azlinah Paiman selaku Pengarah Program,  program yang diadakan merupakan program tahunan yang diurusetiakan oleh Unit Kurikulum, Sektor Pengurusan Akademik BPI JAIS dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam Pejabat Agama Islam Daerah Sepang dan ianya adalah program kali ke 4 semenjak tahun 2015.

Pages

PERKHIDMATAN

STATISTIK SEKOLAH AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Sekolah Agama JAIS Sekolah Islam Yang Berdaftar Dengan JAIS Bilangan Guru dan Murid
  Prasekolah 13   Tadika Islam 179 Jenis Sekolah Guru Murid
  SRA 227   Sekolah Rendah Islam (SRI) 221   PraSekolah 112 997
  SRAI 11   Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) 97   SRA 4,961 137,771
  KAFAI 296   Sekolah Menengah Islam 51   SRAI 528 7,084
  SAMT 23   Maahad Tahfiz 377   KAFAI 3,829 96,036
  MITS 4  JUMLAH 925   SAMT - -
  KMK 29   MITS 191 1,084
  JUMLAH 603   KMK 60 712

*Maklumat dikemaskini sehingga November 2019