KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI KALI KE-6
13-14 April 2019-Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 Shah Alam telah menjadi johan Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Agama Integrasi (SRAI) yang telah diadakan di Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi. Trofi kejuaraan telah disampaikan oleh Pn. Salwana Binti Ahmad Dahalan, Timbalan Pengarah (Operasi) JAIS kepada Guru Besar SRAI SS19, Puan Filzah Binti Omar . SRAI Seksyen 19 memperolehi 16 pingat emas, 9 perak dan 4 gangsa diikuti oleh SRAI Dato' Mufti Yusuf Shahabudin Seksyen 7 dengan 5 pingat emas, 5 perak dan 7 gangsa.