SEMINAR INOVASI DAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN JAIS KALI KE-2
2-3 Julai 2019- Pasukan Inovasi SRAI Sungai Chinchin telah dianugerahkan Anugerah Emas sempena Seminar Inovasi dan Penyelidikan Pendidikan kali ke-2 diikuti pasukan inovasi SRA SS24 Shah Alam yang juga telah dianugerahkan anugerah yang sama. 16 wakil sekolah yang mewakili 9 daerah masing-masing telah menyertai Seminar Inovasi dan Penyelidikan Pendidikan kali ke-2 yang telah diadakan di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) Sungai Lang. Seramai 41 orang pencipta telah menunjukkan hasil penciptaan mereka di hadapan panel penilai dan para pelawat yang datang ke booth mereka .Menurut Penyelaras program, Ustaz Hj Rafie Hashim menyatakan program seminar ini merupakan program dua dalam satu yang digabungkan dan diadakan selang setahun sekali .