PENGUMUMAN TERKINI


yes PENDAFTARAN KE SRA/KAFAI/Prasekolah JAIS NEGERI SELANGOR TAHUN 2021

Dimaklumkan bahawa pendaftaran tahun satu  ke SRA/KAFAI Negeri Selangor bagi tahun 2021 dilanjutkan sehingga ke 31 Ogos 2020. Manakala pendaftaran masuk ke Prasekolah JAIS pula kekal sehingga 31 Julai 2020. Pendaftaran boleh dilakukan di pejabat SRA/KAFAI/Prasekolah JAIS yang berdekatan.

 

 yes PERMOHONAN MEMBUAT KAJIAN / PENYELIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAIS

Permohonan untuk menjalankan kajian/penyelidikan ilmiah di Sekolah-Sekolah Agama JAIS oleh pelajar/pasukan penyelidik IPTA/IPTS hendaklah dimohon ke jabatan dengan mengemukakan surat permohonan menjalankan kajian di sekolah berkenaan dan dilampirkan proposal kajian. Sila berhubung dengan Institut Murrabbi Antarabangsa Negeri Selangor (IMANS) di talian 03-33811901.

KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI KALI KE-6

13-14 April 2019-Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 Shah Alam telah menjadi johan Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Agama Integrasi (SRAI) yang telah diadakan di Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi. Trofi kejuaraan telah disampaikan oleh Pn. Salwana Binti Ahmad Dahalan, Timbalan Pengarah (Operasi) JAIS kepada Guru Besar SRAI SS19, Puan Filzah Binti Omar . SRAI Seksyen 19 memperolehi 16 pingat emas, 9 perak dan 4 gangsa diikuti oleh SRAI Dato' Mufti Yusuf Shahabudin Seksyen 7 dengan 5 pingat emas, 5 perak dan 7 gangsa.

SEMINAR IHES KALI KE-6

19 Mac 2019 – Bertempat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam telah berlangsung satu seminar yang diberi tajuk Seminar Integrated Holistic Education System (IHES) Kali ke- 6 ( Siri 1).

Seminar yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Selangor (LZS) itu telah menghimpunkan seramai 350 orang peserta dari kalangan pentadbir Sekolah Rendah Agama dan juga Ketua Guru Sekolah KAFA Integrasi dari Daerah Petaling, Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Kuala Langat.

Pages

PERKHIDMATAN

STATISTIK SEKOLAH AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Sekolah Agama JAIS Sekolah Islam Yang Berdaftar Dengan JAIS Bilangan Guru dan Murid
  Prasekolah 13   Tadika Islam 179 Jenis Sekolah Guru Murid
  SRA 227   Sekolah Rendah Islam (SRI) 221   PraSekolah 112 997
  SRAI 11   Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) 97   SRA 4,961 137,771
  KAFAI 296   Sekolah Menengah Islam 51   SRAI 528 7,084
  SAMT 23   Maahad Tahfiz 377   KAFAI 3,829 96,036
  MITS 4  JUMLAH 925   SAMT - -
  KMK 29   MITS 191 1,084
  JUMLAH 603   KMK 60 712

*Maklumat dikemaskini sehingga November 2019