MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KESSUMA KE-20
18 Julai 2019 - Terengganu dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan KESSUMA kali ke- 20 mengatasi Pahang dan Selangor dengan kutipan 3 pingat emas, 2 perak dan 2 gangsa. Pahang dan Selangor masing-masing mengumpul 6 pingat keseluruhan dengan perbezaan Pahang mempunyai kelebihan 1 pingat perak berbanding Selangor. Sijil dan hadiah bernilai RM1000 telah disampaikan oleh Yang Amat Dihormati Dato Setia Hj Mohamed Khusrin Bin Haji Munawi, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor dalam satu Majlis Perasmian Penutupan KESSUMA Kali Ke-20 yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak(DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.