PENGUMUMAN TERKINI


yes PINDAAN TARIKH UJIAN KEMASUKAN SEKOLAH (UKS) TAHUN SATU (1) SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI) JAIS NEGERI SELANGOR  TAHUN 2022

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang sedang dilaksanakan maka tarikh Ujian Kemasukan Sekolah (UKS) yang dijadualkan pada 26 Jun 2021 telah ditunda ke 7 Ogos 2021 (Sabtu). Sila rujuk sekolah SRAI yang dipohon.

yes GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKOLAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR.

Klik disini untuk muat turun.

yes GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI SELANGOR.

Klik disini untuk muat turun.

 

 yes PERMOHONAN MEMBUAT KAJIAN / PENYELIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAIS

Permohonan untuk menjalankan kajian/penyelidikan ilmiah di Sekolah-Sekolah Agama JAIS oleh pelajar/pasukan penyelidik IPTA/IPTS hendaklah dimohon ke jabatan dengan mengemukakan surat permohonan menjalankan kajian di sekolah berkenaan dan dilampirkan proposal kajian. Sila berhubung dengan Institut Murrabbi Antarabangsa Negeri Selangor (IMANS) di talian 03-33811901.

LAWATAN JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK KE JAIS

20 Ogos 2019 - Bahagian Pendidikan Islam JAIS telah menerima kunjungan rasmi pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Sarawak  yang bertujuan melihat pelaksanaan pendidikan Tahfiz dan pelaksanaan Ujian Pelaksanaan Kelas KAFA (UPKK) di negeri Selangor. Lawatan penanda aras tersebut diketuai oleh YBhg. Tn. Hj Abd Latif Bin Abd Karim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengukuhan Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Sarawak.

Seminar Tahfiz Peringkat Negeri Selangor

31 Julai 2019 - Bahagian Pendidikan Islam JAIS telah menganjurkan Seminar Tahfiz peringkat Negeri Selangor buat kali ke-4 bertempat di Hotel De Palma Shah Alam. Seminar telah dihadiri oleh para penggerak tahfiz seluruh negeri Selangor. Program dilaksanakan melalui peruntukan Lembaga Zakat Selangor itu telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh YBhg. Dr. haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor.

Pages

PERKHIDMATAN

STATISTIK SEKOLAH AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Sekolah Agama JAIS Sekolah Islam Yang Berdaftar Dengan JAIS Bilangan Guru dan Murid
  Prasekolah 13   Tadika Islam 165 Jenis Sekolah Guru Murid
  SRA 228   Sekolah Rendah Islam (SRI) 225   PraSekolah 118 933
  SRAI 11   Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) 97   SRA 4,745 142,967
  KAFAI 296   Sekolah Menengah Islam 49   SRAI 539 7,348
  SAMT 23   Maahad Tahfiz 380   KAFAI 2,615 98,333
    - -   Pondok 12   - - -
  MITS 5  JUMLAH 928   SAMT - 14,748
  KKM 31   MITS 186 1,259
  JUMLAH 618   KKM 119 1,522

*Maklumat dikemaskini sehingga Februari 2021