LAWATAN JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK KE JAIS
20 Ogos 2019 - Bahagian Pendidikan Islam JAIS telah menerima kunjungan rasmi pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Sarawak yang bertujuan melihat pelaksanaan pendidikan Tahfiz dan pelaksanaan Ujian Pelaksanaan Kelas KAFA (UPKK) di negeri Selangor. Lawatan penanda aras tersebut diketuai oleh YBhg. Tn. Hj Abd Latif Bin Abd Karim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengukuhan Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Sarawak.