PENGUMUMAN TERKINI


yes MAJLIS PENGISYTIHARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (PSRA) NEGERI SELANGOR 2019

Tarikh/Hari : 20 November 2019 (Rabu)

Tempat : Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan & Muzakarah Islam, Masjid SSAAS, Shah Alam

yes PERMOHONAN MEMBUAT KAJIAN / PENYELIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAIS

Permohonan untuk menjalankan kajian/penyelidikan ilmiah di Sekolah-sekolah Agama JAIS oleh pelajar/pasukan penyelidik IPTA/IPTS hendaklah dimohon ke jabatan dengan mengemukakan surat permohonan menjalankan kajian di sekolah berkenaan dan dilampirkan proposal kajian  . Sila berhubung dengan Institut Murabbi Antarabngsa Negeri Selangor di talian 03-33811901.

SEMINAR INOVASI DAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN JAIS KALI KE-2

2-3 Julai 2019- Pasukan Inovasi SRAI Sungai Chinchin telah dianugerahkan Anugerah Emas sempena Seminar Inovasi dan Penyelidikan Pendidikan kali ke-2 diikuti pasukan inovasi SRA SS24 Shah  Alam yang juga telah dianugerahkan anugerah yang sama. 16 wakil sekolah yang mewakili 9 daerah masing-masing telah menyertai Seminar Inovasi dan Penyelidikan Pendidikan kali ke-2 yang telah diadakan di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) Sungai Lang. Seramai 41 orang pencipta telah menunjukkan hasil penciptaan mereka di hadapan panel penilai dan para pelawat yang datang ke booth mereka .Menurut Penyelaras program, Ustaz Hj Rafie Hashim menyatakan program seminar ini merupakan program dua dalam satu yang digabungkan dan diadakan selang setahun sekali . 

SAMBUTAN HARI GURU DAN APRESIASI GURU KAFA JAIS 2019

26 Jun 2019 - Seramai 604 orang guru kafa telah diraikan sempena Sambutan Hari Guru dan Apresiasi Guru KAFA JAIS Tahun 2019 mengikut kategori masing-masing. Majlis yang diadakan di Bankuet Dewan Jubli Sultan Abdul Aziz itu turut diserikan dengan penampilan Dato' Ustaz Badli Syah Alaudin untuk slot motivasi dan Pembugaran Perkhidmatan guru JAIS. Pada majlis tersebut, hadiah dan sijil kepada penerima Anugerah 25 Tahun dan Perkhidmatan Cemerlang Guru KAFA telah disampaikan oleh YB Tuan Zawawi bin Ahmad Mughni, Pembantu EXCO Hal Ehwal Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan negeri Selangor. 

Pages

PERKHIDMATAN

STATISTIK SEKOLAH AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Sekolah Agama JAIS Sekolah Islam Yang Berdaftar Dengan JAIS Bilangan Guru dan Murid
  Prasekolah 12   Tadika Islam 167 Jenis Sekolah Guru Murid
  SRA 224   Sekolah Rendah Islam (SRI) 196   PraSekolah 75 1,148
  SRAI 11   Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) 71   SRA 4,831 135,441
  KAFAI 295   Sekolah Menengah Islam 49   SRAI 583 7,470
  SAMT 23   Maahad Tahfiz 263   KAFAI 2,633 91,637
  MITS 4  JUMLAH 746   SAMT 165 1,017
  KMK 27   MITS 170 17,035
  JUMLAH 596   KMK 27 895

*Maklumat dikemaskini sehingga Mei 2018