PENGUMUMAN TERKINI


yes PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM (6) STAM 2021 SAM/SAMT NEGERI SELANGOR.

Permohonan di buka sehingga 16 Oktober 2020. Klik di sini untuk muat turun borang.

yes TATACARA PERMOHONAN  KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU (1) 2021 SAM/SAMT, SAMBEST, MITS, MITS BAGAN TERAP ALIRAN TURATH, SAM MUHAMMADIAH ALIRAN KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (KBT) NEGERI SELANGOR.

Klik di sini untuk muat turun.

yes PENDAFTARAN KE SRA/KAFAI/Prasekolah JAIS NEGERI SELANGOR TAHUN 2021

Dimaklumkan bahawa pendaftaran tahun satu (1)  ke SRA/KAFAI Negeri Selangor bagi tahun 2021 telah ditutup. Kepada ibubapa/penjaga yang ingin membuat pendaftaran perlulah ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) untuk membuat pendaftaran lewat.

 

 yes PERMOHONAN MEMBUAT KAJIAN / PENYELIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAIS

Permohonan untuk menjalankan kajian/penyelidikan ilmiah di Sekolah-Sekolah Agama JAIS oleh pelajar/pasukan penyelidik IPTA/IPTS hendaklah dimohon ke jabatan dengan mengemukakan surat permohonan menjalankan kajian di sekolah berkenaan dan dilampirkan proposal kajian. Sila berhubung dengan Institut Murrabbi Antarabangsa Negeri Selangor (IMANS) di talian 03-33811901.

 

 

Seminar Tahfiz Peringkat Negeri Selangor

31 Julai 2019 - Bahagian Pendidikan Islam JAIS telah menganjurkan Seminar Tahfiz peringkat Negeri Selangor buat kali ke-4 bertempat di Hotel De Palma Shah Alam. Seminar telah dihadiri oleh para penggerak tahfiz seluruh negeri Selangor. Program dilaksanakan melalui peruntukan Lembaga Zakat Selangor itu telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh YBhg. Dr. haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KESSUMA KE-20

18 Julai 2019 - Terengganu dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan KESSUMA kali ke- 20 mengatasi Pahang dan Selangor dengan kutipan 3 pingat emas, 2 perak dan 2 gangsa. Pahang dan Selangor masing-masing mengumpul 6 pingat keseluruhan dengan perbezaan Pahang mempunyai kelebihan 1 pingat perak berbanding Selangor. Sijil dan hadiah bernilai RM1000 telah disampaikan oleh Yang Amat Dihormati Dato Setia Hj Mohamed Khusrin Bin Haji Munawi, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor dalam satu Majlis Perasmian Penutupan KESSUMA Kali Ke-20  yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak(DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.

Pages

PERKHIDMATAN

STATISTIK SEKOLAH AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Sekolah Agama JAIS Sekolah Islam Yang Berdaftar Dengan JAIS Bilangan Guru dan Murid
  Prasekolah 13   Tadika Islam 179 Jenis Sekolah Guru Murid
  SRA 227   Sekolah Rendah Islam (SRI) 221   PraSekolah 112 997
  SRAI 11   Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) 97   SRA 4,961 137,771
  KAFAI 296   Sekolah Menengah Islam 51   SRAI 528 7,084
  SAMT 23   Maahad Tahfiz 377   KAFAI 3,829 96,036
  MITS 4  JUMLAH 925   SAMT - -
  KMK 29   MITS 191 1,084
  JUMLAH 603   KMK 60 712

*Maklumat dikemaskini sehingga November 2019