PENGUMUMAN TERKINI


yes GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKOLAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR.

Klik disini untuk muat turun.

yes GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI SELANGOR.

Klik disini untuk muat turun.

yes SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN KE TINGKATAN SATU (1) 2021 SAM/SAMT NEGERI SELANGOR.

Semakan boleh dilakukan bermula 25 Februari 2021. Klik disini untuk semakan.

 

 yes PERMOHONAN MEMBUAT KAJIAN / PENYELIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAIS

Permohonan untuk menjalankan kajian/penyelidikan ilmiah di Sekolah-Sekolah Agama JAIS oleh pelajar/pasukan penyelidik IPTA/IPTS hendaklah dimohon ke jabatan dengan mengemukakan surat permohonan menjalankan kajian di sekolah berkenaan dan dilampirkan proposal kajian. Sila berhubung dengan Institut Murrabbi Antarabangsa Negeri Selangor (IMANS) di talian 03-33811901.

Seminar Tahfiz Peringkat Negeri Selangor

31 Julai 2019 - Bahagian Pendidikan Islam JAIS telah menganjurkan Seminar Tahfiz peringkat Negeri Selangor buat kali ke-4 bertempat di Hotel De Palma Shah Alam. Seminar telah dihadiri oleh para penggerak tahfiz seluruh negeri Selangor. Program dilaksanakan melalui peruntukan Lembaga Zakat Selangor itu telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh YBhg. Dr. haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KESSUMA KE-20

18 Julai 2019 - Terengganu dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan KESSUMA kali ke- 20 mengatasi Pahang dan Selangor dengan kutipan 3 pingat emas, 2 perak dan 2 gangsa. Pahang dan Selangor masing-masing mengumpul 6 pingat keseluruhan dengan perbezaan Pahang mempunyai kelebihan 1 pingat perak berbanding Selangor. Sijil dan hadiah bernilai RM1000 telah disampaikan oleh Yang Amat Dihormati Dato Setia Hj Mohamed Khusrin Bin Haji Munawi, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor dalam satu Majlis Perasmian Penutupan KESSUMA Kali Ke-20  yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak(DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.

Pages