PENGUMUMAN TERKINI


yes GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKOLAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR.

Klik disini untuk muat turun.

yes GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI SELANGOR.

Klik disini untuk muat turun.

yes SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN KE TINGKATAN SATU (1) 2021 SAM/SAMT NEGERI SELANGOR.

Semakan boleh dilakukan bermula 25 Februari 2021. Klik disini untuk semakan.

 

 yes PERMOHONAN MEMBUAT KAJIAN / PENYELIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAIS

Permohonan untuk menjalankan kajian/penyelidikan ilmiah di Sekolah-Sekolah Agama JAIS oleh pelajar/pasukan penyelidik IPTA/IPTS hendaklah dimohon ke jabatan dengan mengemukakan surat permohonan menjalankan kajian di sekolah berkenaan dan dilampirkan proposal kajian. Sila berhubung dengan Institut Murrabbi Antarabangsa Negeri Selangor (IMANS) di talian 03-33811901.

PENGHANTARAN PELAJAR KE JORDAN

4 September 2019 - Dua kumpulan pelajar yang melibatkan seramai 36 orang pelajar telah berlepas ke Jordan untuk menyambung pengajian di Universiti-universiti di Jordan. Majlis pelepasan pelajar telah disempurnakan oleh Pn Hjh Azlinda Azman Timbalan Pengarah Pengurusan JAIS pada sesi pagi. 17 pelajar yang berlepas ke Jordan turut diiring oleh dua pegawai , En. Mohd Faiz Mohamed (SUK Selangor) dan Ustaz Hj Rafie Hashim (BPI JAIS). 

PSRA JAIS DILAKSANAKAN DI NEGARA CAMBODIA

26 Ogos 2019 - Sistem Pendidikan Islam JAIS terus melakar sejarahnya yang tersendiri apabila Penilaian Sekolah Rendah Agama versi Cambodia telah mula dilaksanakan di negera Cambodia pada tahun ini. Sebanyak 12 pusat peperiksaan telah disediakan untuk 286 calon PSRA Sekolah Islam Cambodia menjalani peperiksaan tersebut. PSRA di Cambodia dilaksanakan bermula 26 Ogos hingga 28 Ogos 2019.

Pages