PENGUMUMAN TERKINI


yes PENDAFTARAN KE SRA/KAFAI/Prasekolah JAIS NEGERI SELANGOR TAHUN 2021

Dimaklumkan bahawa pendaftaran tahun satu  ke SRA/KAFAI Negeri Selangor bagi tahun 2021 dilanjutkan sehingga ke 31 Ogos 2020. Manakala pendaftaran masuk ke Prasekolah JAIS pula kekal sehingga 31 Julai 2020. Pendaftaran boleh dilakukan di pejabat SRA/KAFAI/Prasekolah JAIS yang berdekatan.

 

 yes PERMOHONAN MEMBUAT KAJIAN / PENYELIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAIS

Permohonan untuk menjalankan kajian/penyelidikan ilmiah di Sekolah-Sekolah Agama JAIS oleh pelajar/pasukan penyelidik IPTA/IPTS hendaklah dimohon ke jabatan dengan mengemukakan surat permohonan menjalankan kajian di sekolah berkenaan dan dilampirkan proposal kajian. Sila berhubung dengan Institut Murrabbi Antarabangsa Negeri Selangor (IMANS) di talian 03-33811901.

PSRA JAIS DILAKSANAKAN DI NEGARA CAMBODIA

26 Ogos 2019 - Sistem Pendidikan Islam JAIS terus melakar sejarahnya yang tersendiri apabila Penilaian Sekolah Rendah Agama versi Cambodia telah mula dilaksanakan di negera Cambodia pada tahun ini. Sebanyak 12 pusat peperiksaan telah disediakan untuk 286 calon PSRA Sekolah Islam Cambodia menjalani peperiksaan tersebut. PSRA di Cambodia dilaksanakan bermula 26 Ogos hingga 28 Ogos 2019.

KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH JAIS 2019

24 Ogos 2019 - Sukan Prasekolah JAIS yang sebelum ini dikenali dengan nama Program Riadhah Prasekolah JAIS telah diadakan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Sepang . Seramai 720 orang murid dan guru terlibat dalam program tersebut yang melibatkan 12 kontinjen sekolah. Dalam program sukan prasekolah edisi 2019, Prasekolah JAIS Kuala Langat telah diisytiharkan sebagai johan keseluruhan program. Program tersebut telah disempurnakan oleh Ybhg.

Pages

PERKHIDMATAN

STATISTIK SEKOLAH AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Sekolah Agama JAIS Sekolah Islam Yang Berdaftar Dengan JAIS Bilangan Guru dan Murid
  Prasekolah 13   Tadika Islam 179 Jenis Sekolah Guru Murid
  SRA 227   Sekolah Rendah Islam (SRI) 221   PraSekolah 112 997
  SRAI 11   Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) 97   SRA 4,961 137,771
  KAFAI 296   Sekolah Menengah Islam 51   SRAI 528 7,084
  SAMT 23   Maahad Tahfiz 377   KAFAI 3,829 96,036
  MITS 4  JUMLAH 925   SAMT - -
  KMK 29   MITS 191 1,084
  JUMLAH 603   KMK 60 712

*Maklumat dikemaskini sehingga November 2019