MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR TAHUN 2020
Shah Alam, Khamis – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Bahagian Pendidikan Islam telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor Tahun 2020 di Auditorium Dahlia, Bangunan Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam secara norma baharu tetapi tetap meriah dengan kehadiran para penerima anugerah dan juga Pengarah Jabatan Agama Islam selaku perasmi .