Kejohanan Sukan SRAI kali ke-13
6 hingga 8 April 2018- Kompleks Sukan Universiti Selangor (UNISEL) telah digegarkan dengan sorakan semangat para atlet SRAI yang menyertai Kejohanan Sukan Sekolah Rendah Agama Integrasi Edisi ke-13. Seramai 900 orang atlet cilik dari 11 buah SRAI Negeri Selangor telah terlibat dalam kejohana tersebut yang diurusetiakan oleh Unit Pembangunan Kemanusiaan Bahagian Pendidikan Islam JAIS.