Kursus Bahasa Arab Dan Persediaan Pelajar Keluar Negara
18 hingga 24 Mac 2018- Bahagian Pendidikan Islam telah mengadakan Kursus Bahasa Arab Dan Persediaan Pelajar keluar Negara kepada 25 orang pelajar lepasan STAM yang akan menyambung pengajian di Mesir bagi sesi 2018/2019. Majlis perasmian penutupan kursus telah disempurnakan oleh YB. Dato' Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor.