Ustaz Md Sahari, Pn Hjh Saadah, Tokoh Guru JAIS 2018
15 Jun 2018 – Sempena Sambutan Hari Guru JAIS Tahun 2018 yang telah diadakan di Grand Ballroom, Hotel De Palma Shah Alam, dua (2) orang mantan nazir sekolah-sekolah JAIS telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru JAIS tahun 2018. Ustaz Md Sahari Bin Abdullah dan Puan Hjh. Sa’adah Binti Bahrudin telah dipilih sebagai Tokoh Guru JAIS mengikut kategori masing-masing.