Kemahiran Amal Islami (KAMIL) SRA/SRAI/KAFAI/SRI Negeri Selangor
12 Mei 2018- SRA Kuala Kubu Baharu telah menjadi gelanggang pertandingan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi, KAFA Integrasi, Sekolah Rendah Islam (SRI) dan Prasekolah Negeri Selangor yang menghimpunkan guru pembimbing dan peserta seramai 2300 orang. Kontinjen Daerah Petaling telah diisytiharkan sebagai johan keseluruhan program tersebut.