TEMPAT KE-4 KESSUMA KALI -19
15 hingga 18 Julai 2018 - Kontinjen KESSUMA Selangor yang menyertai Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama (KESSUMA) Malaysia Kali ke-19 di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim telah berjaya mendapat tempat keempat dalam kejohanan tersebut. Selangor berada di tangga keempat berdasarkan kiraan pungutan pingat di bawah negeri Terengganu, Kedah dan Perak.