LAWATAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR KE SELANGOR
8 Ogos 2018 - Bahagian Pendidikan Islam JAIS telah menerima kehadiran pegawai dan ahli rombongan Jabatan Agama Islam Negeri Johor ke Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuai oleh Tn. Hj Anoar Bin Sarimin, Timbalan Pengarah Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor bertujuan untuk melihat keberkesanan pelaksanaan Kelas KAFA Menengah di Selangor serta bertukar pandangan berkaitan pengurusan sekolah tahfiz di antara kedua negeri.