MUKHAYYAM PERDANA SRAI
23 -25 Oktober 2018 - Seramai 385 orang murid SRAI telah mengikuti program perkhemahan perdana yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAIS bertempat di Kem Millennium, Beranang ,Hulu Langat. Menurut Ustaz Nurul Azmi Burasman selaku pegawai kokurikulum BPI JAIS , program ini merupakan acara tahunan dan telah memasuki edisi ke 10 semenjak ia mula diadakan buat pertama kalinya pada tahun 2009.