KHATAM QURAN PERDANA 1440H
8 Nov. 2018 - Daerah Sepang telah dipilih sebagai tuan rumah Majlis Khatam Quran Perdana bagi tahun 1440H/2018 dan program telah diadakan di Majid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi. Program ini turut diadakan di semua daerah secara serentak di SRA,SRAI dan KAFAI Negeri Selangor . Menurut Pn. Hjh Azlinah Paiman selaku Pengarah Program, program yang diadakan merupakan program tahunan yang diurusetiakan oleh Unit Kurikulum, Sektor Pengurusan Akademik BPI JAIS dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam Pejabat Agama Islam Daerah Sepang dan ianya adalah program kali ke 4 semenjak tahun 2015.