PENGUMUMAN TERKINI

yesWAKTU TEMUDUGA PERMOHONAN PAS LAWATAN IKHTISAS PELAJAR WARGA ASING BAWAH 18 TAHUN 

HARI MASA
ISNIN  8.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
SELASA  8.30 PAGI HINGGA 1.00 PETANG

yes PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI

Permohonan penempatan Pelajar Latihan Industri di Institut Murabbi Negeri Selangor (IMANS) , Unit Pendidikan Islam (UPI) PAID dan Bahagian Pendidikan Islam JAIS DIBENARKAN secara bersyarat. Sebarang pertanyaan , sila hubungi Unit Pentadbiran BPI JAIS di talian 03-5514 3400 samb. 2033.

yes PERMOHONAN MEMBUAT KAJIAN / PENYELIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAISPermohonan untuk menjalankan kajian/penyelidikan ilmiah di Sekolah-sekolah Agama JAIS oleh pelajar/pasukan penyelidik IPTA/IPTS hendaklah dimohon ke jabatan dengan mengemukakan surat permohonan menjalankan kajian di sekolah berkenaan dan dilampirkan proposal kajian  . Sila berhubung dengan Institut Murabbi Antarabngsa Negeri Selangor di talian 03-33811901.

 

Kejohanan Sukan SRAI kali ke-13

6 hingga 8 April 2018- Kompleks Sukan Universiti Selangor (UNISEL) telah digegarkan dengan sorakan semangat para atlet SRAI yang menyertai Kejohanan Sukan Sekolah Rendah Agama Integrasi Edisi ke-13. Seramai 900 orang atlet cilik dari 11 buah SRAI Negeri Selangor telah terlibat dalam kejohana tersebut yang diurusetiakan oleh Unit Pembangunan Kemanusiaan Bahagian Pendidikan Islam JAIS.

Kursus Bahasa Arab Dan Persediaan Pelajar Keluar Negara

18 hingga 24 Mac 2018- Bahagian Pendidikan Islam telah mengadakan Kursus Bahasa Arab Dan Persediaan Pelajar keluar Negara kepada 25 orang pelajar lepasan STAM yang akan menyambung pengajian di Mesir bagi sesi 2018/2019. Majlis perasmian penutupan kursus telah disempurnakan oleh YB. Dato' Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor.

Pages

PERKHIDMATAN

STATISTIK SEKOLAH AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Sekolah Agama JAIS Sekolah Islam Yang Berdaftar Dengan JAIS Bilangan Guru dan Murid
  Prasekolah 12   Tadika Islam 167 Jenis Sekolah Guru Murid
  SRA 224   Sekolah Rendah Islam (SRI) 196   PraSekolah 75 1,148
  SRAI 11   Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) 71   SRA 4,831 135,441
  KAFAI 295   Sekolah Menengah Islam 49   SRAI 583 7,470
  SAMT 23   Maahad Tahfiz 263   KAFAI 2,633 91,637
  MITS 4  JUMLAH 746   SAMT 165 1,017
  KMK 27   MITS 170 17,035
  JUMLAH 596   KMK 27 895

*Maklumat dikemaskini sehingga Mei 2018