PENGUMUMAN TERKINI

yes PERMOHONAN MEMBUAT KAJIAN / PENYELIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAIS

Permohonan untuk menjalankan kajian/penyelidikan ilmiah di Sekolah-Sekolah Agama JAIS oleh pelajar/pasukan penyelidik IPTA/IPTS hendaklah dimohon ke BPI JAIS dengan mengemukakan surat permohonan menjalankan kajian di sekolah berkenaan dan dilampirkan proposal kajian. Sila berhubung dengan Institut Murrabbi Antarabangsa Negeri Selangor (IMANS) di talian 03-33811901.

yes URUSAN PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN (PTK) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG32 DAN DG34

Selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020, penghantaran dokumen PTK 2020 bagi tujuan naik pangkat PPP DG32 ke PPP DG34 dan PPP DG34 ke PPP DG38 dilanjutkan sehingga 30 April 2020. Semua PPP hendaklah menghantar borang penilaian tersebut ke Unit Pendidikan Islam daerah masing-masing . PPP yang bertugas di BPI dan UPI juga dikehendaki menghantar dokumen tersebut ke UPI di daerah masing-masing.

yes PENEMPATAN PEGAWAI BAHARU

Dimaklumkan bahawa En. Samuri Zan Bin Sarjimin, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41  telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Tadbir Agama (Pendidikan Islam) daerah Sabak Bernam menggantikan Pn Hjh Manah binti Siraj yang bersara dan pelantikan berkuatkuasa 03 Mac 2020.

smiley PEMATUHAN KEPADA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Semua pihak diminta mematuhi arahan-arahan pihak berkuasa sepanjang PKP dilaksanakan. Pengetua MITS, Guru Besar SRA/SRAI/Prasekolah JAIS dan Ketua Guru KAFA diminta berhubung dengan Penolong Pegawai Tadbir Agama (Pendidikan Islam) di PAID masing-masing jika mempunyai keperluan ke sekolah. Sepanjang tempoh PKP dilaksanakan , semua pentadbir sekolah hendaklah sudah memastikan langkah-langkah keselamatan di sekolah telah diambil.

MUKHAYYAM PERDANA SRAI

23 -25 Oktober 2018 - Seramai 385 orang murid SRAI telah mengikuti program perkhemahan perdana  yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAIS bertempat di Kem Millennium, Beranang ,Hulu Langat. Menurut Ustaz Nurul Azmi Burasman selaku pegawai kokurikulum BPI JAIS , program ini merupakan acara tahunan dan telah memasuki edisi ke 10 semenjak ia mula diadakan buat pertama kalinya pada tahun 2009.

PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (PSRA) 2018

JADUAL PSRA 2018

HARI TARIKH MATA PELAJARAN MASA TEMPOH
ISNIN 8/10/2018 AKHLAK SIRAH 2.40 PTG - 4.25 PTG 1 JAM 45 MINIT
SELASA 9/10/2018 BAHASA ARAB 2.40 PTG - 4.25 PTG 1 JAM 45 MINIT
RABU 10/10/2018 JAWI,IMLAK DAN KHAT 2.40 PTG - 4.25 PTG  1 JAM 45 MINIT
KHAMIS 11/10/2018 TAUHID FEQAH 2.40 PTG - 4.25 PTG 1 JAM 45 MINIT
JUMAAT 12/10/2018 TAJWID 2.40 PTG - 4.25 PTG 1 JAM 45 MINIT

Sumber : Unit Peperiksaan dan Penilaian BPI JAIS

Pages

PERKHIDMATAN

STATISTIK SEKOLAH AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Sekolah Agama JAIS Sekolah Islam Yang Berdaftar Dengan JAIS Bilangan Guru dan Murid
  Prasekolah 13   Tadika Islam 179 Jenis Sekolah Guru Murid
  SRA 227   Sekolah Rendah Islam (SRI) 221   PraSekolah 112 997
  SRAI 11   Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) 97   SRA 4,961 137,771
  KAFAI 296   Sekolah Menengah Islam 51   SRAI 528 7,084
  SAMT 23   Maahad Tahfiz 377   KAFAI 3,829 96,036
  MITS 4  JUMLAH 925   SAMT - -
  KMK 29   MITS 191 1,084
  JUMLAH 603   KMK 60 712

*Maklumat dikemaskini sehingga November 2019