7 ORANG TERIMA ANUGERAH KHAS SEMPENA GRADUASI QURRA' KE-6
7 Disember 2018 - Sempena majlis Graduasi Qurra' kali ke-6 yang diadakan di Grand Ballroom, Hotel De Palma Shah Alam, seramai 151 qurra' telah diraikan dengan penganugerahan Sijil Perakuan Hafazan Al Quran yang disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Hj Haris Bin Kasim, S.S Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor. Dalam majlis yang sama, enam orang pelajar Maahad Integrasi Tahfiz Selangor telah dianugerahkan Anugerah Khas Qurra' dan seorang pelajar MITS Sabak Bernam dianugerahkan Anugerah Khas Turath. Mereka adalah Iffat Syahmi Bin Mohd Isyraf,Hana Abrar Binti Khalid dari MITS Kuala Langat, Mohamad haikal Bin Ahmad,Nurul Hana Binti Amir dari MITS Klang, Mus'ab Bin Anhar,Nurmaisarah Binti Muhammad Noh dari MITS Sabak Bernam dan Burhanuddin Bin Madhi dari MITS Sabak Bernam.