PENGUMUMAN TERKINI


yes KEPUTUSAN PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH AGAMA MENENGAH (SAM) NEGERI SELANGOR 2020

Sila layari laman web http://semakan.jais.gov.my bermula 16 Disember 2019 untuk menyemak keputusan

yes PERMOHONAN MEMBUAT KAJIAN / PENYELIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAIS

Permohonan untuk menjalankan kajian/penyelidikan ilmiah di Sekolah-sekolah Agama JAIS oleh pelajar/pasukan penyelidik IPTA/IPTS hendaklah dimohon ke jabatan dengan mengemukakan surat permohonan menjalankan kajian di sekolah berkenaan dan dilampirkan proposal kajian  . Sila berhubung dengan Institut Murabbi Antarabngsa Negeri Selangor di talian 03-33811901.

 

PENGHANTARAN PELAJAR KE JORDAN

4 September 2019 - Dua kumpulan pelajar yang melibatkan seramai 36 orang pelajar telah berlepas ke Jordan untuk menyambung pengajian di Universiti-universiti di Jordan. Majlis pelepasan pelajar telah disempurnakan oleh Pn Hjh Azlinda Azman Timbalan Pengarah Pengurusan JAIS pada sesi pagi. 17 pelajar yang berlepas ke Jordan turut diiring oleh dua pegawai , En. Mohd Faiz Mohamed (SUK Selangor) dan Ustaz Hj Rafie Hashim (BPI JAIS). 

PSRA JAIS DILAKSANAKAN DI NEGARA CAMBODIA

26 Ogos 2019 - Sistem Pendidikan Islam JAIS terus melakar sejarahnya yang tersendiri apabila Penilaian Sekolah Rendah Agama versi Cambodia telah mula dilaksanakan di negera Cambodia pada tahun ini. Sebanyak 12 pusat peperiksaan telah disediakan untuk 286 calon PSRA Sekolah Islam Cambodia menjalani peperiksaan tersebut. PSRA di Cambodia dilaksanakan bermula 26 Ogos hingga 28 Ogos 2019.

Pages

PERKHIDMATAN

STATISTIK SEKOLAH AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Sekolah Agama JAIS Sekolah Islam Yang Berdaftar Dengan JAIS Bilangan Guru dan Murid
  Prasekolah 13   Tadika Islam 179 Jenis Sekolah Guru Murid
  SRA 227   Sekolah Rendah Islam (SRI) 221   PraSekolah 112 997
  SRAI 11   Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) 97   SRA 4,961 137,771
  KAFAI 296   Sekolah Menengah Islam 51   SRAI 528 7,084
  SAMT 23   Maahad Tahfiz 377   KAFAI 3,829 96,036
  MITS 4  JUMLAH 925   SAMT - -
  KMK 29   MITS 191 1,084
  JUMLAH 603   KMK 60 712

*Maklumat dikemaskini sehingga November 2019