PENGUMUMAN TERKINI

yes PERMOHONAN MEMBUAT KAJIAN / PENYELIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAIS

Permohonan untuk menjalankan kajian/penyelidikan ilmiah di Sekolah-Sekolah Agama JAIS oleh pelajar/pasukan penyelidik IPTA/IPTS hendaklah dimohon ke BPI JAIS dengan mengemukakan surat permohonan menjalankan kajian di sekolah berkenaan dan dilampirkan proposal kajian. Sila berhubung dengan Institut Murrabbi Antarabangsa Negeri Selangor (IMANS) di talian 03-33811901.

yes URUSAN PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN (PTK) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG32 DAN DG34

Selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020, penghantaran dokumen PTK 2020 bagi tujuan naik pangkat PPP DG32 ke PPP DG34 dan PPP DG34 ke PPP DG38 dilanjutkan sehingga 30 April 2020. Semua PPP hendaklah menghantar borang penilaian tersebut ke Unit Pendidikan Islam daerah masing-masing . PPP yang bertugas di BPI dan UPI juga dikehendaki menghantar dokumen tersebut ke UPI di daerah masing-masing.

yes PENEMPATAN PEGAWAI BAHARU

Dimaklumkan bahawa En. Samuri Zan Bin Sarjimin, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41  telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Tadbir Agama (Pendidikan Islam) daerah Sabak Bernam menggantikan Pn Hjh Manah binti Siraj yang bersara dan pelantikan berkuatkuasa 03 Mac 2020.

smiley PEMATUHAN KEPADA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Semua pihak diminta mematuhi arahan-arahan pihak berkuasa sepanjang PKP dilaksanakan. Pengetua MITS, Guru Besar SRA/SRAI/Prasekolah JAIS dan Ketua Guru KAFA diminta berhubung dengan Penolong Pegawai Tadbir Agama (Pendidikan Islam) di PAID masing-masing jika mempunyai keperluan ke sekolah. Sepanjang tempoh PKP dilaksanakan , semua pentadbir sekolah hendaklah sudah memastikan langkah-langkah keselamatan di sekolah telah diambil.

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA SELANGOR (SUKMAS) 2020

6 - 8 Mac 2020 - Zon Selatan telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Menengah Selangor  yang telah diadakan di Shah Alam. Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam telah dijadikan pusat pertandingan sempena kejohanan yang diadakan kali ke-2. Zon Selatan telah membolot  5 pingat emas dan 3 gangsa diiikuti rapat oleh zon utara dengan mendapat 4 pingat emas, 4 pingat perak dan 2 gangsa. Sebanyak  33 pingat disediakan bagi acara-acara yang dipertandingkan sempena kejohanan tersebut.

SEPANG DIUMUMKAN SEBAGAI DAERAH TERBAIK PSRA 2019

20 November 2019 (Rabu) – Daerah Sepang diumumkan sebagai daerah terbaik PSRA peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2019 dengan catatan GPS 2.60. Demikian yang telah diumumkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Sahibus Saadah Tuan Haji Mohd Shahzihan Bin Ahmad di dalam satu Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang telah diadakan di Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pages

PERKHIDMATAN

STATISTIK SEKOLAH AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Sekolah Agama JAIS Sekolah Islam Yang Berdaftar Dengan JAIS Bilangan Guru dan Murid
  Prasekolah 13   Tadika Islam 179 Jenis Sekolah Guru Murid
  SRA 227   Sekolah Rendah Islam (SRI) 221   PraSekolah 112 997
  SRAI 11   Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) 97   SRA 4,961 137,771
  KAFAI 296   Sekolah Menengah Islam 51   SRAI 528 7,084
  SAMT 23   Maahad Tahfiz 377   KAFAI 3,829 96,036
  MITS 4  JUMLAH 925   SAMT - -
  KMK 29   MITS 191 1,084
  JUMLAH 603   KMK 60 712

*Maklumat dikemaskini sehingga November 2019