28 Mac 2021 (Ahad)- Kejohanan Sukan Sekolah Rendah Agama Integrasi Jabatan Agama Islam Selangor tahun 2021 bagi acara catur atas talian telah berlangsung di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Tengku Ampuan Fatimah Klang Selangor. Kejohanan yang  menyaksikan daerah Klang sebagai tuan rumah telah dirasmikan oleh Ketua penolong Pengarah Bahagian Penadidikan Islam JAIS iaitu Tuan Anas bin Ayob.

Acara tahunan anjuran Jabatan Agama Islam Selangor ini diubah format pada kali ini buat kali pertama dengan hanya menjalankan satu acara sahaja iaitu pertandingan catur secara atas talian berbanding acara fizikal pada tahun-tahun yang lalu bersesuaian dengan situasi semasa pendamik Covid 19 yang melanda masanegara ketika ini.

Pertandingan ini telah disertai seramai 511 peserta mewakili 11 buah SRAI negeri Selangor. Dua kategori telah dipertandingkan iaitu lelaki dan perempuan. Format pertandingan yang ditetapkan ialah setiap murid akan bermain sebanyak 9 pusingan (Sistem Swiss) untuk mengumpul mata tertinggi sebelum dinobatkan sebagai juara bagi setiap kategori.

Menurut Tuan Anas Ayob, kalah menang merupakan adat pertandingan. Dalam apa jua kejohanan yang dipertandingkan semangat kesukanan dan ukhuwah yang tinggi diperlukan dalam diri setiap murid. Murid yang tewas dinasihati supaya jangan berputus asa dan disarankan agar meningkatkan mutu permainan untuk kejohanan di masa akan datang.

Acara yang julung kali diperkenalkan pada kejohanan kali ini telah dimenangi oleh Muhammad Adam bin Mohd Azlan mewakili SRAI Taman Keramat bagi kategori lelaki dan Nur Azzalea binti Shahril Azahar juga dari SRAI Taman Keramat bagi kategori perempuan. Secara tidak langsung SRAI Taman Keramat di nobatkan sebagai juara keseluruhan edisi kali ini. Pemenang memperoleh pingat dan juga sijil pencapaian. Manakala piala iringan bagi SRAI Taman Keramat sebagai sekolah terbaik.

SRAI TAMAN KERAMAT UNGGUL DI KEJOHAHAN SUKAN SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (KESUSRAI) JAIS TAHUN 2021 (CATUR ATAS TALIAN)