Shah Alam, Khamis – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Bahagian Pendidikan Islam telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor Tahun 2020 di Auditorium  Dahlia, Bangunan Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam secara norma baharu tetapi tetap meriah dengan kehadiran para penerima anugerah dan juga Pengarah Jabatan Agama Islam selaku perasmi . Majlis itu juga telah disiarkan secara langsung melalui FB Live Jabatan Agama Islam Selangor bagi tontonan orang ramai khususnya warga pendidik di negeri Selangor.

Majlis secara ringkas itu telah dimulakan dengan nyayian lagu Asmaul husna dan Guru Malaysia. Diiringi dengan lagu Negeri Selangor dan Negaraku sebelum tuan pengarah dijemput untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan majlis. Didalam ucapannya, tuan pengarah mengucapkan tahniah kepada para penerima anugerah dan menyatakan bahawa tugas guru amat penting dalam membangunkan sahsiah diri murid-murid.

Majlis seterusnya disambung dengan penyampaian anugerah kepada guru-guru dan sekolah yang cemerlang pelbagai kategori. Didalam majlis itu, Ustaz Mohamed Yazid bin Hashim dari Klang dianugerahkan sebagai tokoh guru lelaki manakala Ustazah Shamsiah binti Abdul Rahman dari Hulu Selangor dianugerahkan tokoh guru perempuan. Diatas penghargaan terhadap jasa-jasa mereka sewaktu bergelar pendidik, mereka telah menerima hadiah berupa pakej menunaikan umrah untuk dua orang sumbangan dari kerajaan negeri Selangor.

Berikut adalah senarai penuh penerima anugerah:

BIL NAMA KATEGORI
1. MOHAMED YAZID BIN HASHM TOKOH GURU (L)
2. SHAMSIAH BINTI ABDUL RAHMAN TOKOH GURU (P)
3. MISNAN BIN MISMON GURU CEMERLANG
4. MASAMAH BINTI ZAINAL GURU CEMERLANG
5. AHMAD KAMAL BIN ASMAWI GURU CEMERLANG
6. ZURAIDAH BINTI MOHAMMAD GURU CEMERLANG
7. HAMZAH BIN UTOT GURU CEMERLANG
8. NADZULA BINTI AHMAD GURU CEMERLANG
9. MUHAMAD BADRUL BIN ARSHAD GURU CEMERLANG
10. MASITAH BINTI KHOJALI GURU CEMERLANG
11. SALEHUDIN BIN MOHD SUHAIMI GURU CEMERLANG
12. NAZRUL DAHLIA BINTI MOHD KHALID GURU CEMERLANG
13. JAMALUDIN BIN KASIM GURU CEMERLANG
14. NORASLINA BINTI UTONG GURU CEMERLANG
15. ABDUL HALIM BIN ABDULLAH GURU CEMERLANG
16. SAMSINER BINTI KOSNAN GURU CEMERLANG
17. MOHD FAZLI BIN MOHAMMAD ROYANI GURU CEMERLANG
18. SITI MAHANI BINTI JOHDI GURU CEMERLANG
19. AZUAN BINTI IBAT GURU CEMERLANG
20. JAMALIAH BINTI SALLEH GURU CEMERLANG
21. PRASEKOLAH JAIS, TAMAN PERMATA SEKOLAH AGAMA CEMERLANG
22. KAFAI AL-MAARUF, JOHAN SETIA SEKOLAH AGAMA CEMERLANG
23. SRA HAJJAH FATIMAH SEKOLAH AGAMA CEMERLANG
24. SRAI SALAK TINGGI SEKOLAH AGAMA CEMERLANG
25. MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR, KUALA LANGAT SEKOLAH AGAMA CEMERLANG
26. TAKIS AL-FALAH, MASJID AL-FALAH, JENJAROM SEKOLAH ISLAM SWASTA CEMERLANG
27. SRI RAUDATUL IMAN, TAMAN SEMENYIH INDAH, SEMENYIH SEKOLAH ISLAM SWASTA CEMERLANG
28. SRITI SUBANG BESTARI SEKOLAH ISLAM SWASTA CEMERLANG
29. SMI MAAHAD IHYA' AL-AHMADI SG KELAMBU SEKOLAH ISLAM SWASTA CEMERLANG
30.  MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAS SUNNAH SEKSYEN 27 SEKOLAH ISLAM SWASTA CEMERLANG
31. MOHAMED AQIL BIN AZMI ANUGERAH KHAS

 

 

 

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR TAHUN 2020