SEPANG DIUMUMKAN SEBAGAI DAERAH TERBAIK PSRA 2019

20 November 2019 (Rabu) – Daerah Sepang diumumkan sebagai daerah terbaik PSRA peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2019 dengan catatan GPS: 2.60. Demikian yang telah diumumkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Sahibus Saadah Tuan Haji Mohd Shahzihan Bin Ahmad di dalam satu Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang telah diadakan di Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Beliau juga mengumumkan terdapat penurunan pada peratus pencapaian keseluruhan Peperiksaan PSRA pada tahun ini iaitu 90.13% turun sebanyak 2.77% berbanding 92.9% pada tahun lalu. Walaubagaimanapun penurunan tersebut bukanlah pencapaian terendah untuk tempoh 5 tahun terakhir selama peperiksaan tersebut dilaksanakan kerana ianya masih dalam kerangka cemerlang (90%). Pencapaian PSRA pada tahun 2019 adalah seperti berikut:

 

KATEGORI

PENERIMA

ANUGERAH MURID CEMERLANG PSRA

(TERBAIK KESELURUHAN)- LELAKI

MUHAMMAD UWAIS AL QARNI BIN FAIRUS

SRAI SUNGAI CHINCIN, GOMBAK

ANUGERAH MURID CEMERLANG PSRA

(TERBAIK KESELURUHAN)- PEREMPUAN

NOR SYAMIMI BINTI MOHD FUAD

SRA KAMPUNG JAWA, KLANG

SRA CEMERLANG (GRED A)

 

SRA BATU 13 PUCHONG

GPS: 1.85

SRA CEMERLANG (GRED B)

SRA SUNGAI SERDANG

GPS: 1.99

SRA CEMERLANG (GERD C)

SRA AL HIDAYAH PARIT 9, SUNGAI BESAR

GPS: 1.68

SRAI CEMERLANG

SRAI SUNGAI MANGGIS, KUALA LANGAT

GPS: 1.47

KAFA INTEGRASI CEMERLANG

KAFAI NURUL EHSAN, SABAK BERNAM

GPS: 1.5

SEKOLAH RENDAH ISLAM SWASTA (SRI) CEMERLANG

SRI AL AMIN SEKSYEN 7 SHAH ALAM

GPS: 1.41

DAERAH CEMERLANG

SEPANG

GPS: 2.60

image: 
image2: 
image3: 
image4: 
image5: 

SEPANG DIUMUMKAN SEBAGAI DAERAH TERBAIK PSRA 2019