MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA MURID TAHUN 6 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

12 November 2019 (Selasa) – Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi telah dipilih sebagai lokasi bagi Majlis Khatam Al-Quran Murid Tahun Enam Peringkat Negeri Selangor. Program tersebut adalah usahasama diantara Bahagian Pendidikan Islam JAIS melalui Unit Pendidikan Islam (UPI) Daerah Hulu Langat dan masjid tersebut.  Majlis tersebut juga telah dijalankan secara serentak di seluruh sekolah SRA, SRAI dan KAFA Integrasi seluruh Negeri Selangor sebagai simbolik tamat nya silibus matapelajaran Tilawah Al-Quran yang telah dijalankan di sekolah-sekolah rendah agama Negeri Selangor bermula dari tahun satu sehingga tahun enam.

Majlis yang bertemakan “Selangorku bergema wahyu Illahi” telah dimulakan dengan slot Tadabbur Surah Al-Alaq yang telah disampaikan oleh Pencetus Ummah (PU) Muhsin selaku penceramah jemputan seterusnya disambung dengan bacaan khatam Al-Quran oleh murid-murid tahun enam yang terpilih dari seluruh  SRA, SRAI dan KAFA Integrasi Daerah Hulu Langat yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Talib Bin Ismail dari KAFA Integrasi Uswatun Hasnah.

Majlis penutupan telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS Tuan Anas Bin Ayob dan telah dirasmikan oleh Orang Kaya Maha Bijaya Tuan Abdul Jalil Bin Dato’ Engku Abdul Rani, Orang Besar Daerah (OBD) Hulu Langat. Dalam ucapannya beliau melahirkan rasa bangga terhadap penganjuran program tersebut dan perlu diteruskan dimasa akan datang. Turut hadir ialah Pegawai Tadbir Agama (PTA) Hulu Langat Tuan Mahyudin Bin Abu Bakar dan Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah (PPTAD) Negeri Selangor. Majlis turut disertai oleh guru-guru, ibubapa dan orang awam yang hadir ke masjid tersebut.

Unit Dokumentasi BPI

image: 
image2: 
image3: 
image4: 
image5: 

"SELANGORKU BERGEMA WAHYU ILLAHI"