26 Ogos 2019 - Sistem Pendidikan Islam JAIS terus melakar sejarahnya yang tersendiri apabila Penilaian Sekolah Rendah Agama versi Cambodia telah mula dilaksanakan di negera Cambodia pada tahun ini. Sebanyak 12 pusat peperiksaan telah disediakan untuk 286 calon PSRA Sekolah Islam Cambodia menjalani peperiksaan tersebut. PSRA di Cambodia dilaksanakan bermula 26 Ogos hingga 28 Ogos 2019.

Pelaksanaan PSRA versi Cambodia diurusetiakan oleh Pejabat Mufti Cambodia . Kesemua murid yang terlibat telah menjalani ujian Tilawah dan Hafazan  pada bulan Julai yang lepas.

PSRA JAIS DILAKSANAKAN DI NEGARA CAMBODIA