24 Ogos 2019 - Sukan Prasekolah JAIS yang sebelum ini dikenali dengan nama Program Riadhah Prasekolah JAIS telah diadakan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Sepang . Seramai 720 orang murid dan guru terlibat dalam program tersebut yang melibatkan 12 kontinjen sekolah. Dalam program sukan prasekolah edisi 2019, Prasekolah JAIS Kuala Langat telah diisytiharkan sebagai johan keseluruhan program. Program tersebut telah disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Anas Bin Ayob, Ketua Penolong Pengarah bahagian Pendidikan Islam JAIS.

KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH JAIS 2019