20 Ogos 2019 - Bahagian Pendidikan Islam JAIS telah menerima kunjungan rasmi pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Sarawak  yang bertujuan melihat pelaksanaan pendidikan Tahfiz dan pelaksanaan Ujian Pelaksanaan Kelas KAFA (UPKK) di negeri Selangor. Lawatan penanda aras tersebut diketuai oleh YBhg. Tn. Hj Abd Latif Bin Abd Karim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengukuhan Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Sarawak.

Kesemua ahli rombongan telah dibawa melawat ke Maahad Integrasi Tahfiz Klang, Alam Impian untuk melihat lebih dekat pelaksanaan sistem tahfiz yang dilaksanakan oleh JAIS dan kemudiaannya ke Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan fatimah, Klang untuk melihat pelaksanaan UPKK di sekolah tersebut.

LAWATAN JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK KE JAIS