31 Julai 2019 - Bahagian Pendidikan Islam JAIS telah menganjurkan Seminar Tahfiz peringkat Negeri Selangor buat kali ke-4 bertempat di Hotel De Palma Shah Alam. Seminar telah dihadiri oleh para penggerak tahfiz seluruh negeri Selangor. Program dilaksanakan melalui peruntukan Lembaga Zakat Selangor itu telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor.

Dalam program tersebut, beberapa agenda telah diatur antaranya ucaptama bertajuk Guru Tahfiz  Murabbi - Mendepani Kecenderungan Masyarakat Terhadap Pendidikan Tahfiz di Malaysia  oleh YBhg. Dato' Dr. Zulkifli Bin Hj. Mohd Yusof Ketua Pusat Penyedlidikan Al-Quran UM, pembentangan kertasa kerja STIFIn oleh En. Mohd Khairil Bin Mohd Wafa ( Jurulatih STIFIn) dan pembentangan kertas kerja Hala Tuju Pendidikan Tahfiz Kebangsaan oleh al Fadhil Ustaz Mohd Kamal bin Mahdi , Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Manusia Sekolah Agama BPI KPM. Program yang bertemakan " Guru Tahfiz Yang Murobbi" itu turut dihadiri oleh Tuan Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam dan Tn. Hj Saipolyazan Bin Mat Yusop Ketua Pegawai Eksekutif  LZS.

Seminar Tahfiz Peringkat Negeri Selangor