18 Julai 2019 - Terengganu dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan KESSUMA kali ke- 20 mengatasi Pahang dan Selangor dengan kutipan 3 pingat emas, 2 perak dan 2 gangsa. Pahang dan Selangor masing-masing mengumpul 6 pingat keseluruhan dengan perbezaan Pahang mempunyai kelebihan 1 pingat perak berbanding Selangor. Sijil dan hadiah bernilai RM1000 telah disampaikan oleh Yang Amat Dihormati Dato Setia Hj Mohamaed Khusrin Bin Haji Munawi, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor dalam satu Majlis Perasmian Penutupan KESSUMA Kali Ke-20  yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.

Pahang menggunguli acara Badminton apabila mendapat johan untuk kategori lelaki dan perempuan. Terengganu menguasai acara bola tampar apabila menjuarai acara Bola Tampar lelaki dan perempuan . Perak menyudahkan sepakan bergaya di depan pintu gawang Kelantan untuk menggunguli acara bola sepak KESSUMA. Selangor terus menguasai padang memanah yang telah diadakan lebih awal di UiTM Lendu, Melaka pada April 2019.

 

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KESSUMA KE-20