Ikutilah  berita semasa kejohanan di rangkaian Facebook Jabatan Agama Islam Selangor dan ruangan Berita KESSUMA di pendidikan.jais.gov.my

14 Julai 2019 

5.35 petang - Ketibaan Kontinjen KESSUMA Selangor pada jam 5.35 petang di perkarangan Kolej Kediaman Keris Mas, UKM Bangi. Seramai 141 orang atlet melapor diri di cafeteria kolej kediaman.

11.05 malam - ketibaan kontinjen Kelantan disambut oleh Ketua Pegawai Perhubungan Negeri, ustaz Azman Bin Mohd Lana dan Pegawai Perhubungan Negeri, Ustaz Jamaluddin Bin Sihab.

15 Julai 2019

8.30 pagi - Ketibaan ketua kontinjen Terengganu untuk pendaftaran penginapan.Sejam berikutnya, semua atlet telah bergerak ke tempat penginapan masing-masing untuk berehat sebelum reharsel majlis pembukaan pada jam 5.00 petang.

16 Julai 2019

8.30 pagi - Kesemua pertandingan acara dijalankan serentak di tiga venue iaitu Padang Bolasepak A dan B UKM, Sport Arena UNITEN dan Dewan Gemilang UKM. Untuk informasi lanjut dan keputusan, sila layari facebook Jabatan Agama Islam Selangor dan portal pendidikan.jais.gov.my

 

 

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA MALAYSIA (KESSUMA) KALI KE-20