26 Jun 2019 - Seramai 604 orang guru kafa telah diraikan sempena Sambutan Hari Guru dan Apresiasi Guru KAFA JAIS Tahun 2019 mengikut kategori masing-masing. Majlis yang diadakan di Bankuet Dewan Jubli Sultan Abdul Aziz itu turut diserikan dengan penampilan Dato' Ustaz Badli Syah Alaudin untuk slot motivasi dan Pembugaran Perkhidmatan guru JAIS. Pada majlis tersebut, hadiah dan sijil kepada penerima Anugerah 25 Tahun dan Perkhidmatan Cemerlang Guru KAFA telah disampaikan oleh YB Tuan Zawawi bin Ahmad Mughni, Pembantu EXCO Hal Ehwal Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan negeri Selangor. 

Selain itu, 10 buah sekolah telah menerima hadiah dan sijil Aungerah Sekolah Cemerlang yang disampaikan oleh YAB Tuan Amirudin Bin Shari, Dato menteri Besar Selangor.Sempena majlis tersebut Ustaz Md Mokhtar Bin Abdul Wahab dari daerah Kuala Selangor dan Ustazah Jaliah Binti Semin dari daerah Sepang telah dianugerahkan Anugerah Tokoh Guru mengikut kategori masing-masing.

SAMBUTAN HARI GURU DAN APRESIASI GURU KAFA JAIS 2019