13-14 April 2019-Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 Shah Alam telah menjadi johan Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Agama Integrasi (SRAI) yang telah diadakan di Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi. Trofi kejuaraan telah disampaikan oleh Pn. Salwana Binti Ahmad Dahalan, Timbalan Pengarah (Operasi) JAIS kepada Guru Besar SRAI SS19, Puan Filzah Binti Omar . SRAI Seksyen 19 memperolehi 16 pingat emas, 9 perak dan 4 gangsa diikuti oleh SRAI Dato' Mufti Yusuf Shahabudin Seksyen 7 dengan 5 pingat emas, 5 perak dan 7 gangsa.

Sebanyak 11 kontinjen dengan jumlah penyertaan seramai 788 orang murid SRAI dari seluruh Selangor telah menyertai kejohanan olahraga SRAI kali ke-6 dan daerah Sepang telah dipilih sebagai tuan rumah untuk edisi 2019 ini. Sebanyak 114 pingat telah ditawarkan dalam kejohanan ini  dan sebanyak 28 rekod baru kejohanan telah dicatatkan. Antara acara-acara yang dipertandingkan sempena kejohanan tersebut bagi acara individu ialah lari 100 meter, 200 meter, 80 meter lari berpagar, lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan acara  berpasukan seperti 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter. Kejohanan yang menyediakan 38 pingat emas, 38 pingat perak dan 38 pingat gangsa menyaksikan SRAI dari daerah Petaling menggungguli pesta kejohanan dengan mengumpul pingat emas sebanyak 21 pingat.

image: 

KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI KALI KE-6