19 Mac 2019 – Bertempat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam telah berlangsung satu seminar yang diberi tajuk Seminar Integrated Holistic Education System (IHES) Kali ke- 6 ( Siri 1).

Seminar yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Selangor (LZS) itu telah menghimpunkan seramai 350 orang peserta dari kalangan pentadbir Sekolah Rendah Agama dan juga Ketua Guru Sekolah KAFA Integrasi dari Daerah Petaling, Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Kuala Langat.

Seminar tersebut telah dimulakan dengan ucaptama yang telah disampaikan Y.Brs. Prof. Dr. Hasni Bin Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Adni School dengan tajuk “Merealisasikan Murid Melalui Sistem Pendidikan Yang Holistik”. Majlis seterusnya disambung oleh pembentangan kertas kerja yang bertajuk “Nilai, Moral dan Adab Dalam Persekitaran Pendidikan Global” oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ab Halim Bin Tamuri, Rektor Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS).

Slot yang ketiga telah disambung dengan sebuah forum yang diberi tajuk “Penghayatan Nilai dan Adab Di Sekolah: Peranan Siapa?” Ahli panel yang dijemput bagi membincangkan tajuk tersebut ialah Tuan Haji Buang Bin Sarpon, guru pakar IHES di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Kuala Langat dan Encik Kamarulnizam Bin Sani, Ketua Guru KAFA Integrasi Darul Ulum Sungai Udang Klang.

Seminar itu telah disempurnakan oleh Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni selaku Pembantu Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Selangor. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Operasi (TPO) Jabatan Agama Islam Selangor Puan Salwana Binti Ahmad Dahlan

SEMINAR IHES KALI KE-6