1 Mac 2019- Berikutan pengemaskinian struktur operasi Bahagian Pendidikan Islam (BPI) JAIS berkuatkuasa 1 Mac 2019, beberapa pertukaran dan penempatan pegawai di sektor yang baharu  diwujudkan dan pertukaran pegawai telah dilaksanakan. Bermula 1 Mac 2019 Bahagian Pendidikan Islam mempunyai lima sektor yang terdiri dari Sektor Pentadbiran, Sektor Pengurusan Pendidikan, Sektor Pengurusan Akademik, Sektor Pengurusan Naziran dan Institut Murabbi Antarabangsa Negeri Selangor (IMANS).

Sektor baharu yang dinamakan Sektor Pentadbiran diketuai oleh Dr. Mohd Kamal Bin Radiman manakala tiga sektor sedia ada iaitu Sektor Pengurusan Naziran diketuai oleh Tn. Hj. Solekhan Bin Roup, Sektor Pengurusan Pendidikan diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Jaafar Bin Komari dan Tn. Hj. Muhamad Asmadi Bin Mustakim mengetuai Sektor Pengurusan Akademik . Institut Murabbi Antarabangsa Negeri Selangor(IMANS) yang sebelum ini diurus oleh Unit Latihan dan Penyelidikan BPI kini dijadikan satu sektor utama BPI diketuai oleh En. Nairawi Bin Sarry.Fungsi Unit Latihan dan Penyelidikan telah dipindahkan ke IMANS selaras dengan keputusan penstrukturan tersebut.

Berikut adalah senarai nama pegawai/kakitangan yang terlibat dalam penstrukturan BPI 2019 berkuatkuasa 1 Mac 2019.

  • Ketua Sektor Pentadbiran : Dr. Mohd Kamal Bin Radiman
  • Ketua Sektor Pengurusan Naziran : Hj. Solekhan Bin Roup
  • Penolong Pengarah Kanan Unit Pentadbiran Am, Perkhidmatan dan Perjawatan : Nor ' Azlin Binti Salamun@Mohamed
  • Penolong Pengarah Kanan Unit Kewangan, Perolehan dan Pembangunan : Nurin Alifah Binti Hamdan
  • Penolong Pengarah Kanan Unit Peperiksaan dan Penilaian : Hjh. Noridah Binti Tohiron
  • Penolong Pegawai Tadbir Unit Pentadbiran Am, Perkhidmatan dan Perjawatan : Marzita Binti Mokhtar
  • Penyelia Kanan Unit Kewangan, Perolehan dan Pembangunan : Mohd Samsuri Bin Sibadar
  • Penyelia Kanan Penyeledikan IMANS : Hj Rafie Bin Hashim
  • Penyelia Kanan Unit Pentadbiran Am, Perkhidmatan dan Perjawatan : Yuszaimi Bin Muslil
  • Penyelia Kanan Latihan IMANS : Norazura Binti Kamari
  • Penyelia Bekalan dan Perolehan : Mohd Azhar Bin Othman
  • Penyelia Teknopen Unit Pentadbiran Am, Perkhidmatan dan Perjawatan : Mohd Hairul Izham Bin Mutahar
  • Ketua Pembantu Tadbir Unit Kewangan, Perolehan dan Pembangunan : Asmah Binti Yunus

 

PENSTRUKTURAN BAHARU BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS