16 Hingga 18 Mac 2018-Seramai 500 orang atlet Sekolah Agama Menengah, Sekolah Agama Menengah Tinggi, Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) dan Kelas Kafa Menengah telah mengikuti Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama Malaysia-Selangor (KESSUMAS) bertempat di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi Sepang. Antara acara sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak, sepak takraw, bola tampar, ping pong, badminton dan bola jaring. 

Dalam edisi 2018, Zon Utara telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan KESSUMAS. Hadiah dan sijil kejohanan telah disampaikan oleh Sahibus Saadah Dato Haji Haris Bin Kasim, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama Malaysia-Selangor (KESSUMAS)