OBJEKTIF KUALITI 


Bahagian Pendidikan Islam telah melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 dan telah menetapkan objektif kualiti seperti berikut;

1. Memastikan pemilihan murid tahun satu di Sekolah Rendah Agama Integrasi dilaksanakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh ujian kelayakan SRAI.

2. Memastikan pelaksanaan kurikulum di Sekolah Rendah Agama Integrasi mencapai skala 80% dan ke atas.

3. Memastikan agihan waktu pengajaran dan pembelajaran bagi setiap mata pelajaran dan jumlah guru mengajar dalam satu minggu dipatuhi.

4. Memastikan semua sekolah mendapat keputusan Penilaian Sekolah Rendah Agama dalam tempoh 60 hari dari tarikh peperiksaan dilaksanakan.

5. Memastikan pemantauan pelaksanaan kokurikulum di Sekolah Rendah Agama Integrasi mencapai skala 85% dan ke atas.

6. Memastikan pemantauan pengurusan dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks di Sekolah Rendah Agama Integrasi mendapat 80 markah dan ke atas


 

Objektif Kualiti