TIGA SAM MENCATAT KEPUTUSAN TERBAIK SMA 23 Januari 2019 – Sahibus Saadah, Dato’ Haji Haris Bin Kasim, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor telah mengumumkan keputusan keseluruhan bagi Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) Negeri Selangor tahun 2018 adalah 97.6% di dalam satu majlis pengisytiharan yang berlangsung di Sekolah Agama Menengah Nurul Iman, Kampung Bukit Cherakah.
7 ORANG TERIMA ANUGERAH KHAS SEMPENA GRADUASI QURRA' KE-6 7 Disember 2018 - Sempena majlis Graduasi Qurra' kali ke-6 yang diadakan di Grand Ballroom, Hotel De Palma Shah Alam, seramai 151 qurra' telah diraikan dengan penganugerahan Sijil Perakuan Hafazan Al Quran yang disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Hj Haris Bin Kasim, S.S Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor. Dalam majlis yang sama, enam orang pelajar Maahad Integrasi Tahfiz Selangor telah dianugerahkan Anugerah Khas Qurra' dan seorang pelajar MITS Sabak Bernam dianugerahkan Anugerah Khas Turath. Mereka adalah Iffat Syahmi Bin Mohd Isyraf,Hana Abrar Binti Khalid dari MITS Kuala Langat, Mohamad haikal Bin Ahmad,Nurul Hana Binti Amir dari MITS Klang, Mus'ab Bin Anhar,Nurmaisarah Binti Muhammad Noh dari MITS Sabak Bernam dan Burhanuddin Bin Madhi dari MITS Sabak Bernam.